TERMA & SYARAT – TOP AGENT STORE

Terma dan syarat ini mengawal selia penggunaan perkhidmatan Top Agent Store bagi pembelian top-up game MLBB, MCGG, HOK, PUBG, dan lain-lain melalui syarikat kami. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

  1. SEBELUM MEMINDAHKAN WANG

1.1. Pelanggan perlu memastikan maklumat pembelian seperti UID, jumlah top-up, dan game adalah betul sebelum membuat pembayaran.

1.2. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan maklumat yang diberikan oleh pelanggan.

1.3. Harga top-up adalah berdasarkan kadar semasa dan boleh berubah tanpa notis.

1.4. Pelanggan disarankan untuk menghubungi sokongan pelanggan kami sebelum membuat pembayaran jika terdapat sebarang pertanyaan.

  1. PINDAHAN WANG

2.1. Semua pembayaran mestilah dibuat melalui kaedah pembayaran yang disediakan, seperti pemindahan bank, e-wallet Touch ‘n Go dan Duitnow Qr

2.2. Pelanggan perlu mengemukakan bukti pembayaran (resit/transaction ID) setelah melakukan pembayaran.

2.3. Kami hanya akan memproses pesanan selepas pembayaran disahkan.

2.4. Sebarang caj tambahan akibat transaksi bank atau e-wallet adalah tanggungjawab pelanggan.

  1. SELEPAS PINDAHAN WANG

3.1. Proses top-up akan dilakukan dalam tempoh 5 minit hingga 1 Jam selepas pembayaran disahkan, bergantung pada kelajuan sistem dan server permainan.

3.2. Jika berlaku kelewatan lebih dari 3 jam, sila hubungi pihak sokongan pelanggan untuk semakan lanjut.

3.3. Pelanggan perlu menyemak status top-up mereka dalam permainan sebelum membuat sebarang aduan.

3.4. Jika berlaku kesilapan dalam pengisian Diamond/kredit akibat kesalahan pelanggan (contohnya UID salah), kami tidak akan bertanggungjawab dan tiada refund akan diberikan.

  1. PROSEDUR KYS (KNOW YOUR SUPPLIER)

4.1. Syarikat kami hanya berurusan dengan pembekal sah dan dipercayai bagi memastikan kelancaran dan keselamatan transaksi.

4.2. Semua transaksi top-up adalah sah dan tidak melanggar polisi permainan.

4.3. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap akaun permainan pelanggan yang disekat atau digantung akibat pelanggaran terma permainan.

  1. KONFLIK DAN UNDANG-UNDANG

5.1. Sebarang pertikaian akan diselesaikan melalui perbincangan dan bukti transaksi yang diberikan oleh kedua-dua pihak.

5.2. Jika tiada penyelesaian dicapai, pihak kami berhak untuk mengambil langkah selanjutnya mengikut undang-undang Malaysia.

5.3. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan pihak ketiga yang menyebabkan transaksi tidak berjaya.

5.4. Semua transaksi adalah muktamad, dan pelanggan dianggap telah memahami risiko serta tanggungjawab sebelum membuat pembelian.

  1. TOP AGENT SERVICE

6.1. Top Agent Service menyediakan perkhidmatan top-up game dengan harga lebih murah untuk reseller yang berdaftar dengan kami.

6.2. Reseller bertanggungjawab untuk menguruskan pesanan pelanggan mereka sendiri dan memastikan transaksi dilakukan dengan betul.

6.3. Kami berhak untuk menamatkan kerjasama dengan mana-mana reseller yang didapati melakukan penipuan atau melanggar polisi kami.

6.4. Komisen atau diskaun yang diberikan kepada reseller boleh berubah mengikut promosi atau polisi syarikat.

  1. REFUND POLICY

7.1. Tiada refund akan diberikan selepas top-up berjaya dilakukan.

7.2. Jika berlaku kesilapan dari pihak kami, refund atau penggantian Diamond/kredit akan diberikan dalam tempoh 1-3 hari bekerja.

7.3. Jika transaksi telah diproses tetapi pelanggan tidak menerima Diamond/kredit, sila hubungi sokongan pelanggan dalam tempoh 24 jam dengan bukti yang sah.

7.4. Refund hanya akan diproses sekiranya masalah berpunca daripada kegagalan sistem kami atau pembekal.

  1. DIAMOND VIA UID

8.1. Pelanggan perlu memberikan UID yang tepat semasa membuat pesanan.

8.2. Top-up akan dimasukkan terus ke dalam akaun permainan pelanggan melalui UID yang diberikan.

8.3. Jika Diamond tidak masuk akibat kesalahan UID yang diberikan pelanggan, kami tidak bertanggungjawab dan tiada refund akan diberikan.

8.4. Kami tidak menjual atau menyimpan akaun permainan pelanggan.

Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat di atas. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di [010-5390102 ].

Terima kasih kerana menggunakan Top Agent Store!




Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping